Telah bercerita asy-Syaikh Abduh Hamad ibn Hammam:
Pada mulanya aku memang tidak suka kepada asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani. Walaupun aku merupakan seorang saudagar yang paling kaya di
kota Baghdad waktu itu, aku tidak pernah merasa tenteram ataupun berpuas
hati.
Pada suatu hari, aku telah pergi menunaikan solat Jum’at. Ketika itu,
aku tidak mempercayai tentang cerita-cerita karomah yang dikaitkan pada
asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani. Sesampainya aku di masjid itu, aku
dapati beliau telah ramai dengan jamaah. Aku mencari tempat yang tidak
terlalu ramai, dan kudapati betul-betul di hadapan mimbar.
Di kala itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani baru saja mulai untuk
khutbah Jumaat. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh asy-Syaikh Abdul
Qodir Al-Jilani yang telah menyinggung perasaanku. Tiba-tiba, aku
terasa hendak buang air besar. Untuk keluar dari masjid itu memang sukar
dan agak mustahil. Dan aku dihantui perasaan gelisah dan malu,
takut-takut aku buang air besar di sana di depan orang banyak. Dan
kemarahanku terhadap asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani pun bertambah dan
memuncak.
Pada saat itu, asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani telah turun dari atas
mimbar itu dan telah berdiri di hadapanku. Sambil beliau terus
memberikan khutbah, beliau telah menutup tubuhku dengan jubahnya.
Tiba-tiba aku sedang berada di satu tempat yang lain, yakni di satu
lembah hijau yang sangat indah. Aku lihat sebuah anak sungai sedang
mengalir perlahan di situ dan keadaan sekelilingnya sunyi sepi, tanpa
kehadiran seorang manusia.
Aku pergi membuang air besar. Setelah selesai, aku mengambil wudlu.
Apabila aku sedang berniat untuk pergi bersolat, dan tiba-tiba diriku
telah berada ditempat semula di bawah jubah asy-Syaikh Abdul Qodir
Al-Jilani. Dia telah mengangkat jubahnya dan menaiki kembali tangga
mimbar itu.
Aku sungguh-sungguh merasa terkejut. Bukan karena perutku sudah merasa
lega, tetapi juga keadaan hatiku. Segala perasaan marah, ketidakpuasan
hati, dan perasaan-perasaan jahat yang lain, semuanya telah hilang.
Selepas sembahyang Jum’at berakhir, aku pun pulang ke rumah. Di dalam
perjalanan, aku menyadari bahwa kunci rumahku telah hilang. Dan aku
kembali ke masjid untuk mencarinya. Begitu lama aku mencari, tetapi
tidak aku temukan, terpaksa aku menyuruh tukang kunci untuk membuat
kunci yang baru.
Pada keesokan harinya, aku telah meninggalkan Baghdad dengan
rombonganku karena urusan perniagaan. Tiga hari kemudian, kami telah
melewati satu lembah yang sangat indah. Seolah-olah ada satu kuasa ajaib
yang telah menarikku untuk pergi ke sebuah anak sungai. Barulah aku
teringat bahwa aku pernah pergi ke sana untuk buang air besar, beberapa
hari sebelum itu. Aku mandi di anak sungai itu. Ketika aku sedang
mengambil jubahku, aku telah temukan kembali kunciku, yang rupa-rupanya
telah tertinggal dan telah tersangkut pada sebatang dahan di situ.
Setelah aku sampai di Baghdad, aku menemui asy-Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani dan menjadi anak muridnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar